Malaysia menyambut baik tiga fokus utama diusulkan menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Menteri-Menteri Kewangan ke-105 di Washington, Amerika Syarikat.<br /><br />Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, fokus pertama memastikan pinjaman oleh kerajaan di serata dunia memainkan peranan untuk pembangunan dan kestabilan makroekonomi.
